Struktur dalaman dan plet tektonik Struktur dalaman Kajian keatas aktiviti seismos dan gempa bumi membolehkan kita menyiasat dengan lebih terperinci struktur dalaman planet kita. Gemparan bumi yang dapat dikesani dibeberapa kedudukan di Bumi membolehkan kita menjangka arah pergerakan gelombang seismos tersebut. Arah pergerakan ini bergantung kepada jenis bahan yang ditemui. Ini dapat mendedahkan struktur dalaman Bumi. Satu lagi cara mengkaji struktur ini ialah dengan menggunakan analisis keatas pinggiran gunung berapi yang mendedahkan campuran kimia yang terdapat didalam lapisan dalaman Bumi. Cara kajian seperti ini mendedahkan bahawa Bumi adalah terdiri daripada tiga lapisan yang berbeza terutamanya dari segi campuran kimia. Lapisan pertama yang meliputi Bumi mempunyai ketebalan yang agak nipis. Di dasar laut lapisan ini mempunyai ketebalan berpuluhan km manakala di benua pula ia lebih-kurang berketebalan 40 km. Lapisan ini terdiri daripada batuan sedimen, granit dan basalt. Bahan-bahan ini bercampur akibat pengaruh aktiviti geologi Bumi yang kuat. Dibawah lapisan ini terdapat satu lapisan pejal yang berketebalan 3000 km. Ia terdiri daripada enapan silika yang kaya dengan besi dan magnesium. Lapisan terahkir sekali ialah teras Bumi yang terbentuk terutamanya dari besi dan sedikit nikel. Sebenarnya, teras Bumi sendiri adalah terdiri daripada dua bahagian, bahagian luar teras yang cair dan bahagian pusat yang pejal. Di pusat Bumi, suhu mencapai tahap 5000 darjat Celcius dan tekanan pula mencapai tahap berjuta kali ganda tekanan di permukaan Bumi. Plet tektonik Satu daripada ciri-ciri keistimewaan Bumi ialah keujudan plet tektoniknya. Kerak dan bahagian luar membentuk lapisan yang mempunyai ketebalan berpuluhan km. Lapisan ini dipanggil Litosfera yang terkenal melalui kekerasannya. Di bawah lapisan ini terdapat pula lapisan Astenosfera, yang kurang keras dan membolehkan lapisan Litosfera di atasnya bergerak secara perlahan. Litosfera terbahagi kepada beberapa plet dimana setiap satunya boleh bergerak dan bergelingsir di atas lapisan Astenosfera. Himalaya Gambar banjaran gunung Himalaya sebagai hasil plet tektonik yang paling menakjubkan yang telah diambil oleh misi Mercury 9 dalam tahun 1963. Kredit : NASA Plet-plet ini bergerak akibat proses perolakan di lapisan dalaman Bumi. Tenaga janaan hasil pecahan teras radioaktif di pusat Bumi dibawa keluar melalui fenomena yang dipanggil perolakan. Dalam proses ini magma bergerak kepermukaan, batuan tersebut menjadi sejuk dan turun semula kedalam. Pergerakan bahan-bahan tersebut di lapisan Astenosfera menyebabkan plet bergerak di lapisan Litosfera yang juga dikenali sebagai plet tektonik. Sebagai contoh, ia telah menyebabkan perpisahan benua Amerika Selatan dari benua Afrika dengan kelajuan tiga sentimeter setahun. Plet tektonik ini telah bertanggung-jawap dalam kebanyakan pembentukan geologi di Bumi. Oleh yang demikian, akibat perlanggaran dua plet, satu banjaran terbentuk. Perlanggaran antara plet yang membawa India dan China telah menghasilkan banjaran gunung Himalaya. Subduksi berlaku bila satu plet terbenam kebawah satu plet yang lain dan meninggalkan satu kesan yang sama. Sebagai contoh, Subduksi telah menghasilkan banjaran gunung Andes. Satu daripada kesan-kesan plet tektonik yang paling penting ialah pembaharuan permukaan Bumi. Di tengah lautan Atlantik terdapat satu siri puncak yang dipanggil Oceanic Ridge. Di sini, rekahan dua plet-plet membolehkan magma di lapisan bawah timbul kepermukaan. Fenomena bertentangan pula berlaku di kawasan Subduksi dimana plet di lapisan atas terbenam semula kebahagian dalaman. Kedua-dua fenomena ini membolehkan lapisan tersebut bergerak ke permukaan Bumi sebelum terbenam semula ke bahagian dalaman dalam jangka masa beratus juta tahun. Akibatnya, terjadilah pembaharuan permukaan yang berterusan yang tidak berlaku dimana-mana planet yang lain di dalam Sistem Suria kita. Ini dapat menjelaskan terutamanya persoalan kenapa walaupun Bumi mengalami hentaman meteorit yang kuat pada masa dulu, kesan kawah hentaman tersebut sukar didapati di permukaan Bumi pada masa sekarang ini. Hasil sampingan fenomena tersebut ialah kestabilan kuantiti gas karbon-dioksida di dalam udara kita. Hujan dengan senangnya boleh meyerap karbon-dioksida di dalam udara dan menhalir ke dalam Bumi dalam bentuk karbonat atau dihalirkan kelaut. Jika tidak disebabkan oleh aktiviti volkano yang mengeluarkan kembali karbon-dioksida tersebut keudara, kesan Greenhouse Effect akan menurun ketahap yang amat rendah menyebabkan suhu juga menurun seperti yang terjadi di permukaan Marikh. Pengeluaran semula gas karbon-dioksida yang terperangkap di dalam lava volkano kedalam atmosfera kita membolehkan kuantiti gas ini menjadi stabil dan suhu menjadi sederhana.

Struktur dalaman dan plet tektonik

Struktur dalaman
Kajian keatas aktiviti seismos dan gempa bumi membolehkan kita menyiasat dengan lebih terperinci struktur dalaman planet kita. Gemparan bumi yang dapat dikesani dibeberapa kedudukan di Bumi membolehkan kita menjangka arah pergerakan gelombang seismos tersebut. Arah pergerakan ini bergantung kepada jenis bahan yang ditemui. Ini dapat mendedahkan struktur dalaman Bumi. Satu lagi cara mengkaji struktur ini ialah dengan menggunakan analisis keatas pinggiran gunung berapi yang mendedahkan campuran kimia yang terdapat didalam lapisan dalaman Bumi.
Cara kajian seperti ini mendedahkan bahawa Bumi adalah terdiri daripada tiga lapisan yang berbeza terutamanya dari segi campuran kimia. Lapisan pertama yang meliputi Bumi mempunyai ketebalan yang agak nipis. Di dasar laut lapisan ini mempunyai ketebalan berpuluhan km manakala di benua pula ia lebih-kurang berketebalan 40 km. Lapisan ini terdiri daripada batuan sedimen, granit dan basalt. Bahan-bahan ini bercampur akibat pengaruh aktiviti geologi Bumi yang kuat. Dibawah lapisan ini terdapat satu lapisan pejal yang berketebalan 3000 km. Ia terdiri daripada enapan silika yang kaya dengan besi dan magnesium. Lapisan terahkir sekali ialah teras Bumi yang terbentuk terutamanya dari besi dan sedikit nikel. Sebenarnya, teras Bumi sendiri adalah terdiri daripada dua bahagian, bahagian luar teras yang cair dan bahagian pusat yang pejal. Di pusat Bumi, suhu mencapai tahap 5000 darjat Celcius dan tekanan pula mencapai tahap berjuta kali ganda tekanan di permukaan Bumi.
Plet tektonik
Satu daripada ciri-ciri keistimewaan Bumi ialah keujudan plet tektoniknya. Kerak dan bahagian luar membentuk lapisan yang mempunyai ketebalan berpuluhan km. Lapisan ini dipanggil Litosfera yang terkenal melalui kekerasannya. Di bawah lapisan ini terdapat pula lapisan Astenosfera, yang kurang keras dan membolehkan lapisan Litosfera di atasnya bergerak secara perlahan. Litosfera terbahagi kepada beberapa plet dimana setiap satunya boleh bergerak dan bergelingsir di atas lapisan Astenosfera.
Himalaya
Gambar banjaran gunung Himalaya sebagai hasil plet tektonik yang paling menakjubkan yang telah diambil oleh misi Mercury 9 dalam tahun 1963. Kredit : NASA
Plet-plet ini bergerak akibat proses perolakan di lapisan dalaman Bumi. Tenaga janaan hasil pecahan teras radioaktif di pusat Bumi dibawa keluar melalui fenomena yang dipanggil perolakan. Dalam proses ini magma bergerak kepermukaan, batuan tersebut menjadi sejuk dan turun semula kedalam. Pergerakan bahan-bahan tersebut di lapisan Astenosfera menyebabkan plet bergerak di lapisan Litosfera yang juga dikenali sebagai plet tektonik. Sebagai contoh, ia telah menyebabkan perpisahan benua Amerika Selatan dari benua Afrika dengan kelajuan tiga sentimeter setahun.
Plet tektonik ini telah bertanggung-jawap dalam kebanyakan pembentukan geologi di Bumi. Oleh yang demikian, akibat perlanggaran dua plet, satu banjaran terbentuk. Perlanggaran antara plet yang membawa India dan China telah menghasilkan banjaran gunung Himalaya. Subduksi berlaku bila satu plet terbenam kebawah satu plet yang lain dan meninggalkan satu kesan yang sama. Sebagai contoh, Subduksi telah menghasilkan banjaran gunung Andes.
Satu daripada kesan-kesan plet tektonik yang paling penting ialah pembaharuan permukaan Bumi. Di tengah lautan Atlantik terdapat satu siri puncak yang dipanggil Oceanic Ridge. Di sini, rekahan dua plet-plet membolehkan magma di lapisan bawah timbul kepermukaan. Fenomena bertentangan pula berlaku di kawasan Subduksi dimana plet di lapisan atas terbenam semula kebahagian dalaman. Kedua-dua fenomena ini membolehkan lapisan tersebut bergerak ke permukaan Bumi sebelum terbenam semula ke bahagian dalaman dalam jangka masa beratus juta tahun. Akibatnya, terjadilah pembaharuan permukaan yang berterusan yang tidak berlaku dimana-mana planet yang lain di dalam Sistem Suria kita. Ini dapat menjelaskan terutamanya persoalan kenapa walaupun Bumi mengalami hentaman meteorit yang kuat pada masa dulu, kesan kawah hentaman tersebut sukar didapati di permukaan Bumi pada masa sekarang ini.
Hasil sampingan fenomena tersebut ialah kestabilan kuantiti gas karbon-dioksida di dalam udara kita. Hujan dengan senangnya boleh meyerap karbon-dioksida di dalam udara dan menhalir ke dalam Bumi dalam bentuk karbonat atau dihalirkan kelaut. Jika tidak disebabkan oleh aktiviti volkano yang mengeluarkan kembali karbon-dioksida tersebut keudara, kesan Greenhouse Effect akan menurun ketahap yang amat rendah menyebabkan suhu juga menurun seperti yang terjadi di permukaan Marikh. Pengeluaran semula gas karbon-dioksida yang terperangkap di dalam lava volkano kedalam atmosfera kita membolehkan kuantiti gas ini menjadi stabil dan suhu menjadi sederhana.

0 comments: