KEINDAHAN MUTIARA KATA

MUTIARA KATA ADALAH SUATU KENINDAHAN BAHASA YANG DAPAT MEMBERI PEDOMAN KEPADA MEREKA YANG MENGHAYATI. KEINDAHAN KATA-KATA ITU TURUT MEMBERI MOTIVASI DAN INSPIRASI BAGI MEREKA YANG MENJIWAI. RENUNGILAH MUTIARA KATA-KATA INI AGAR DAPAT MANFAAT DARINYA......

- KEIMANAN MENGHAPUSKAN KERESAHAN DAN MELENYAPKAN KEBIMBANGAN. KEIMANAN ADALAH KESENANGAN YANG DIBURU OLEH ORANG-ORANG YANG BERTAUHIDMDAN HIBURAN BAGI ORANG-ORANG YANG AHGI IBADAH.

KETAHUILAH BAHAWA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENTERAM, DOSA AKAN DIABAIKAN, ALLAH AKAN MENJADI RIDHA, DAN TEKANAN HIDUP TERASA RINGAN.

BUKU ADALAH KAWAN YANG PALING BAIK. BERCAKAP-CAKAPLAH DENGAN BUKU, BERSAHABATLAH DENGAN ILMU DAN BERTEMANLAH DENGAN PENGETAHUAN.

KETAHUILAH BAHAWA KESUSAHAN ITU AKAN MEMBUKA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN, MENGHIDUPKAN HATI, MENDEWASAKAN JIWA, MENGINGATKAN HAMBA DAN MENAMBAH PAHALA.

BALASLAH PERBUATAN YANG BAIK DENGAN YANG LEBIH BAIK. BERBUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA, PADAMKAN SEMUA API PERMUSUHAN, BERDAMAILAH DENGAN MUSUH, DAN PERBANYAKKAN KAWAN.

KETAHUILAH BAHAWA KESABARAN ITU AKN MENGUBUR AIB-AIB, KETABAHAN ITU AKAN MENJADI PENUTUP BAGI KEKELIRUAN, DAN KEDERMAWANAN ITU ADALAH PAKAIAN YANG BESAR YANG AKAN MENUTUP SEMUA KEKURANGAN DAN CACAT.

BERSIKAPLAH SOPAN DALAM MAJLIS, DIAM KECUALI UNTUK SATU KEBAIKAN, DENGAN WAJAH BERSERI PENUH RASA HORMAT KEPADA SESAMA MAJLIS, MENDENGAR APA YANG MEREKA BIACARAKAN, DAN JANGAN SEKALI-KALI MEMOTONG PERCAKAPAN MEREKA.

MAKANAN ADALAH KEBAHAGIAAN UNTUK SEHARI, PERJALANAN ADALAH KEBAHAGIAAN UNTUK SEMINGGU, PERNIKAHAN ADALAH KEBAHAGIAAN UNTUK SEBULAN, HARTA ADALAH KEBAHAGIAAN UNTUK SETAHUN, DAN KEIMANAN KEBAHAGIAAN UNTUK SEUMUR HIDUP.

ORANG YANG JIWANYA DIBERSIHKAN OLEH TAQWA, FIKIRANNYA DISUCIKAN OLEH IMAN, DAN AKHLAKNYA  DISEPUH OLEH KEBAIKAN, AKAN MENERIMA  KECINTAAN DARI ALLAH.


ENAM HAL YANG MEMBERI KESEMBUHAN IAITU AGAMA,  ILMU, KEKAYAAN, HARGA DIRI, AMPUNAN DAN KESIHATAN.

HIASILAH KEHIDUPAN INI DENGAN GURAU SENDA KERANA IA MELAMBANGKAN KEHIDUPAN YANG HARMONI.

JANGAN JADIKAN DIRI ANDA IBARAT SEKUMPULAN TISU-TISU KERANA TUGASNYA ADALAH UNTUK MENGESAT BENDA-BENDA YANG KOTOR.

WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA.

SAHABAT YANG BERIMAN IBARAT MENTARI YANG MENYINAR. SAHABAT YANG SETIA BAGAI PEWANGI YANG MENGHARUMKAN. SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN. SAHABAT BERHATI MULIA MEMBAWA KITA KE JALAN ALLAH.

PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK ,MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.


0 comments: