Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang ana pernah tulis dalam buku diari, 'kopi dan kuih pies' yang diambil dari sebuah video. Lupa tajuk video tu apa. Jom sama-sama baca dan tenung dalam-dalam.
----
Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah swt. Apabila dijauhkan dari asalnya.. dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi yang asing.. sering gelisah dan mahu mengecap asal-usulnya yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya.
Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita 'dekat' dengan Allah swt! Jangan seksa jiwa dan hatimu.. dia merintih mahu pulang dari perantaun di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kembali ke asalnya...asalnya yang sentiasa 'dekat' dengan Allah swt.
Sesungguhnya jika Allah swt mencintai seorang hamba.. Maka DIA tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah.. maka ia jauh daripada kasih-sayang-Nya. Dan sesungguhnya para Nabi yang terdahulu juga kekasih-Nya.. semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat! Apa lagi kita yang manusia biasa ini yang belum tahu apakah syurga atau neraka tempat kembalinya kita kelak.
Bila Allah swt cepat memakbulkan doamu, maka Allah swt menyayangimu.. bila Allah swt lambat memakbulkan doamu, maka Allah swt ingin mengujimu.. Bila Allah swt tidak memakbulkan doamu, maka Allah swt merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasa bersangka baiklah pada Allah swt dalam apa jua keadaan pun.. kerana kasih-sayang Allah swt itu mendahului kemurkaan-Nya. Oleh itu, sayanglah pada Allah swt kerana kemurahan-Nya dan takutlah pada Allah swt kerana azab-Nya.
God.. He always listen to you.. He always see you.. He always know you.. Always guarding dan protecting you.. Always managing and giving ni'mat to you.. Why are you not love Him?! Why are you not afraid of the God who decides your fate and destiny?!
Nabi bersabda : "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada kamu agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran.. Jika tidak, Allah swt akan melantik raja yang zalim memerintah kamu.. Dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan tidak menaruh belas kasihan pada orang muda.. Di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan diterima oleh Allah swt. Kamu meminta bantuan tapi Allah swt tidak membantumu.. kamu meminta ampun dan Allah swt tidak mengampunkanmu!!"
Soalannya ----> : Siapakah raja yang sangat zalim itu sekarang?
Berfikirlah wahai manusia.. kasihanilah dirimu sendiri.. Bertaubatlah! Berdakwahlah! dan tinggalkan maksiat, mengumpat, muzik yag melalaikan dan tutuplah auratmu.. Ikutilah ajaran Islam yang sebenar.
Fahamilah hakikat kehidupan.. Ketentuan takdir adalakanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadangkala buahnya manis. Lalu luka dihati usah dilayan.. Biar kita yang merasainya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah swt. Dan semua itu jika hadapi dengan tabah, maka Allah swt akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita pada-Nya.
Dan bila terkata sesuatu musibah.. Katakanlah : "Aku amat bersyukur sekali pada Allah swt atas musibah ini jika inilah cara Allah hendak mengampunkan dosaku.. Alangkah indahnya penderitaan ini.."
Apa erti ikhlas untuk manusia? Manusia sangat memerlukan hati yang ikhlas.. Dengan hati yang ikhlas, manusia itu akan selamat. Di mana-mana sahaja mereka akan mendapat kesenangan bila manusia itu bersifat ikhlas. Ketahuilah bahawa hati manusia yang ikhlas, maka syaitan-syaitan laknatullah tidak mampu untuk bersarang untuk menggoda. Cukup dan teramat mudah formula untuk menewaskan syaitan.
Namun apakah ukuran ikhlas dihati manusia? Adakah dengan berkata, "aku ikhlas.." Maka manusia itu sudah ikhlas? Kadang-kadang kata-kata mansia boleh menyelewengkan niat ikhlas manusia. Setakat ini, ukuran ikhlas hanya boleh diukur oleh Allah swt.. hanya Allah swt yang boleh menilai kadar keikhlasan hati manusia..
ya Allah..! Perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan penjaga urusanku.. perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku.. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian itu sebagai tempat istirehat untukku dari setiap kejelekan dan murka-Mu.. Allahu Robbi..Amiin.. Amiin.. Amiin ya Robbi~!
-------
Wallahu'alam bissowab.
Farewell My Blog
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan