Salad Mangga Muda Mayo

Salad Mangga Muda Mayo

12112009553__320x200_
Resepi GAYA....( Guna Apa Yang Ada )
 

Bahan-bahan ( Makan sorang2 pun boleh.... )

  • 1 biji - mangga muda
  • 1 biji - tomato
  • 1 biji - bawang holland ( bawang kuning )
  • 1 sudu besar - serbuk lada berperisa
  • 3 sudu besar - mayonis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. mangga disagat atau dihiris pun boleh
  2. tomato dibuang biji kemudian hiris halus2....nak didadu pun boleh
  3. bawang holland juga dihiris halus2
  4. mangga,tomato,bawang,mayonis,lada sulah berperisa dan garam disatukan dan digaul sebati...
  5. sedia untuk dinikmati....kalau tak habis simpan dalam peti ais....makan sejuk2 ratah gitu2 saja pun sedap.....
  6. terima kasih kerana mencuba...

0 comments: